Aminuddin angkat sumpah - Utusan Malaysia

Aminuddin angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-8 di Istana Besar Seri Menanti di sini semalam.

Istiadat mengangkat sum­pah jawatan itu diadakan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada pukul 10.40 pagi.

Hadir sama mengiringi Ba­ginda semasa istiadat ialah Tuanku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Turut hadir Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman; Undang Luak Johol, Datuk Mohammed Abdullah dan Undang Luak Su­ngai Ujong, Datuk Mubarak Dohak.

Aminuddin, 51, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Besar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×