"Kita tidak ada Peguam Negara buat masa sekarang" - Dr. M - Utusan Malaysia

“Kita tidak ada Peguam Negara buat masa sekarang” – Dr. M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hari ini buat masa sekarang negara “tidak mempunyai Peguam Negara”, dan beberapa nama kini sedang dipertimbangkan bagi mengisi jawatan itu.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan mengenakan sekatan tertentu ke atas sejumlah orang yang mungkin terbabit dalam dalam salah laku, atau membuat keputusan yang tidak betul di bawah pentadbiran terdahulu.

“Jadi buat masa ini kita tak ada peguam negara. Kita sedang menimbang beberapa nama tetapi kita perlu mengkaji kesesuaian calon-calon,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada wakil media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini.

Semalam, Dr. Mahathir dilaporkan sebagai berkata  bahawa kerajaan akan menyiasat  agensi  tertentu serta peranan orang berkenaan seperti Peguam Negara dengan  tujuan mencari mereka yang menunjukkan kecenderungan untuk melakukan rasuah atau mereka yang telah melakukan perbuatan rasuah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×