Ahmad Faizal angkat sumpah MB Perak - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal angkat sumpah MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 12 Mei – Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak kerajaan Pakatan Harapan hari ini.

Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Dalam PRU-14, Ahmad Faisal menang DUN Chenderiang mengalahkan calon BN, Choy Sin Heng dan calon Pas, Nordin Hassan dengan majoriti 4,767 undi.

Beliau juga menang Parlimen Tambun mengalahkan penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN) dan Muhamad Zulkifli Mohamed Zakaria (PAS) dengan majoriti 5,320 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×