PEKAN 12 Mei – Seramai 189 individu menerima pingat dan darjah kebesaran Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
Dalam istiadat kali ini, seramai tujuh penerima dianugerahkan Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri; empat penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 35 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan kedua-duanya membawa gelaran Datuk.
Mendahului senarai penerima dengan dianugerahkan SSAP ialah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Platinum Oil & Gas Sdn. Bhd., Datuk Suhaimi Hashim; Pengarah Urusan K & A Management Sdn. Bhd., Datuk Koh Foong Soon; Pengarah Super Crane Machinery (M) Sdn. Bhd., Low Kim Ong; Presiden RF3 World Group of Company, Nazeri Omar ; Pengerusi Pertubuhan U-Kasih,Lim Kim Lian; K.Kanthasamy, dan Pengerusi Aik Chuan Construction Private Limited, Lim Yew Ming.
Sultan Ahmad Shah turut berkenan mengurniakan DSAP kepada Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina, Datuk Raszlan Abd. Rashid; Pengarah Perfect Lady Sdn. Bhd., Datuk Gan Yong Hwa; Timbalan Pengarah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Fakhrul Hatta Musa dan Pengarah New Chen Motor Credit Sdn. Bhd., Danny Chen Wei Keat.
Sementara itu, 35 individu pula dianugerahkan DIMP termasuk pensyarah dan pakar bedah neuro Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Daruk Dr. Mohamed Saufi Awang; Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Universiti Terbuka Malaysia, Datin Paduka Anismah Ahmad; Pengarah Wong Khoy Hean Sdn.Bhd.,Wong Wai Wai, Duta Malaysia ke Itali, Abdul Malik Melvin Castelino Anthony; Duta Malaysia ke Vietnam, Mohd Zamruni Khalid;Pengarah Kastam Diraja Malaysia Johor, Mohammad Hamiddan Maryani; Pengarah Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan, Zulkurnain Mohamed Yusuf dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Siasatan/ Perundangan/ Kajian Kes, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Senior Assisten Komisioner Allaudeen Abdul Majid.
Selain itu, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohamed Sapian Mohamed; Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Radziah Abdul Razak dan Setiausaha Kewangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Ja’apar Mansor.
Sementara itu, seramai enam orang pula menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP); Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (11 orang); Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (15 orang); Ahli Mahkota Pahang (AMP) (20 orang); 23 orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC); 24 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 44 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Istiadat berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.- UTUSAN ONLINE










