Buaya tembaga mati ditembak - Utusan Malaysia

Buaya tembaga mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BETONG – Bunyi bising beberapa ekor ayam dan itik membawa kepada penemuan mengejutkan apabila seekor buaya jantan sepanjang lima meter ditemui sedang cuba membaham haiwan ternakan miliknya di Kampung Emplam di sini semalam.

Penduduk melihat buaya jantan yang mati ditembak semasa cuba membaham
Penduduk melihat buaya jantan yang mati ditembak semasa cuba membaham ternakan di Kampung Emplam, Betong semalam.

Ketua Kampung, Boestaman Bakar berkata, buaya tembaga yang mempunyai berat kira-kira 200 kilogram itu naik ke darat dan cuba membaham beberapa ekor haiwan ternakan milik penduduk itu pada pukul 2.30 pagi.

Menurutnya, pemilik haiwan yang curiga de­ngan bunyi bising itu cuba menjenguk dan menyu­luh bawah rumahnya sebelum terkejut apabila melihat seekor buaya besar sedang membuka mulut hendak membaham ternakannya.

“Pemilik rumah kemudiannya meminta bantuan jiran yang mempunyai senapang untuk membantu menembak reptilia itu.

“Jirannya kemudian melepaskan satu das tembakan yang tepat mengenai badannya. Reptilia itu mati tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×