Kebangkitan orang muda punca BN kalah - Utusan Malaysia

Kebangkitan orang muda punca BN kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Pengundi muda terutama dari luar banyak mempengaruhi kekalahan Barisan Nasional (BN) apabila kebencian yang ditanam untuk jatuhkan parti itu berjaya mencorakkan pola pemikiran untuk mereka pulang menjalankan tanggungjawabnya.

Asyraf Wajdi Dusuki
ASYRAF WAJDI DUSUKI

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kebanyakan anak muda hari ini memiliki ideo­logi berlainan sehingga meminggirkan parti yang selama ini banyak berjasa kepada negara.

“Untuk saluran tempatan, memang saya yakin kita menang, tetapi apabila melibatkan saluran anak muda dan pengundi luar khususnya, saya kalah, sentimen memainkan peranan besar.

“Api kebencian yang dita­nam oleh sesetengah pihak untuk jatuhkan BN berjaya mempengaruhi golongan itu untuk balik mengundi ke kampung halaman,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain itu, Asyraf berkata, kehadiran calon yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian selama 19 tahun yang beralih bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PKR) di Parlimen Pasir Puteh turut mempengaruhi keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kawasan tersebut baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan beliau dan pasukannya telah me­lakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat sepanjang mentadbir negara ini.

Ahmad Razif
AHMAD RAZIF

Sementara itu, Pengerusi BN Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pula menyifatkan kurang memberi fokus kepada golongan muda merupakan punca utama kekalahan di negeri itu.

“Peranan yang dimainkan media hari ini sangat mempengaruhi minda serta panduan kepada golongan muda sehingga berjaya menjatuhkan kerajaan di negeri ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×