UiTM nafi arahan terima pelajar bukan Bumiputera - Utusan Malaysia

UiTM nafi arahan terima pelajar bukan Bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan pihaknya telah menerima arahan untuk membenarkan pelajar bukan Bumiputera menyambung pengajian di dalam institusi tersebut.

Sambil menyelar penyebaran berita palsu tersebut, Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Hassan Said menegaskan, UiTM akan terus memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak akan mengubah dasar-dasar yang dilaksanakan sebelum ini.

“Ini berita palsu dan tiada apa-apa perubahan dalam dasar UiTM malah kita juga tidak menerima arahan baharu.

“Sebaliknya kita akan terus memperkasakan agenda Bumiputera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini tersebar sebuah mesej yang mendakwa pengurusan UiTM akan menerima pelajar daripada kaum lain dan tiada lagi kuota khas bagi pelajar Melayu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×