BAGAN SERAI 11 Mei – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali enggan mengulas khabar angin beliau akan menyertai Pakatan Harapan.
![]() |
|
NOOR AZMI GHAZALI
|
Noor Azmi mengakui terkejut dengan dakwaan itu namun enggan mengulas lanjut.
Sebaliknya beliau memaklumkan akan bertemu dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama semua Ahli Parlimen BN yang lain di Kuala Lumpur hari ini.
“Lompat parti, masuk Harapan? No komen. Saya kena fokus untuk jumpa Ahmad Zahid malam ini di KL.
“Tunggu pertemuan dengan beliau malam ini, perkembangan akan saya maklum,” katanya di sini.
Khabar angin Noor Azmi dikatakan akan menyertai Pakatan Harapan bagi menyokong kerajaan Pusat yang baharu tersebar khususnya di kawasan Parlimen Parit Buntar.
Ini ekoran mesej khidmat pesanan ringkas yang mendakwa bekas pegawai Noor Azmi akan mengumumkan keluar UMNO yang disebarkan pihak tertentu. – UTUSAN ONLINE











