Li Keqiang ucap tahniah kepada Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Li Keqiang ucap tahniah kepada Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – Perdana Menteri China, Li Keqiang mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan sebagai perdana menteri Malaysia, menurut laporan Xinhua.

Dalam perutusan tahniah itu, Li berkata, Dr. Mahathir telah banyak menyumbang terhadap pembangunan Malaysia dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, hubungan China-Malaysia serta kerjasama di Asia Timur.

Li berkata, China memberi perhatian khusus terhadap hubungannya dengan Malaysia.

Kedua-dua negara adalah berjiran dengan menjalin persahabatan tradisional dan perkembangan hubungan dua hala kekal dalam momentum baik.

Li berkata, beliau bersedia bekerjasama dengan Dr. Mahathir dalam menggalakkan perkongsian strategik komprehensif dua hala untuk lebih memanfaatkan kedua-dua negara dan rakyat mereka. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×