'UMNO harus kekal demi agama, bangsa, negara' - Utusan Malaysia

‘UMNO harus kekal demi agama, bangsa, negara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – UMNO memerlukan satu pembaharuan yang mampu memenuhi kehendak rakyat terutama selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hal demikian kerana UMNO masih menerima sokongan daripada rakyat hasil daripada pelbagai sumbangan yang dibuat sebelum ini.

Disebabkan itu jelasnya, beliau mahu UMNO diberikan nafas baharu sekali gus memastikan parti tersebut kekal relevan di negara ini.

“Selamat ulang tahun UMNO ke-72. Parti keramat ini harus dibela kerana ia banyak berjasa kepada kita semua.

“Pembaharuan harus dibuat selari dengan kehendak rakyat yang masih sayangkan UMNO. Kelangsungan UMNO harus dikekalkan demi agama, bangsa dan negara. Hidup UMNO!” katanya menerusi laman Twitter di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×