Dennis Leong Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak baharu - Utusan Malaysia

Dennis Leong Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai dilantik menjadi Ketua Jabatan Siasatan  Jenayah Negeri Sarawak yang baharu menggantikan Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datuk Dev Kumar yang dinaikkan pangkat.

Dev akan menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur mulai Isnin depan. Leong sebelum ini adalah timbalan Dev.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Amer Awal memuji Dev yang telah menunjukkan tugas cemerlang sepanjang menjawat jawatan itu dan yakin pengganti beliau mampu memikul tanggungjawab yang ditinggalkan Dev.

“Saya ingin mengingatkan kepada pegawai-pegawai kanan polis di negeri ini supaya memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasan masing-masing agar setiap kes yang disiasat dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya ketika berucap selepas menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Sarawak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amer berkata, proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Sarawak Rabu lepas berjalan lancar tanpa sebarang insiden serius hasil perancangan rapi yang dilakukan sejak tahun lepas selain semangat kerja berpasukan.

Sementara itu, Dev berkata, Sarawak adalah negeri paling aman dengan indeks jenayah yang rendah serta penduduknya yang ramah dan cintakan keamanan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×