BNM kekalkan OPR pada 3.25% - Utusan Malaysia

BNM kekalkan OPR pada 3.25%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus susulan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) semalam.

Bank pusat berkata, pada kadar semasa OPR, tahap akomodatif dasar monetari adalah sejajar dengan pendirian dasar untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dalam negeri terus berada pada landasan pertumbuhan yang mantap dalam keadaan inflasi yang lebih rendah.

“MPC akan terus memantau dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan domestik dan inflasi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

BNM menjelaskan, petunjuk ekonomi terkini menjurus kepada pengembangan, dan pada masa hadapan, momentum pertumbuhan dijangka dapat dikekalkan, didorong oleh kekukuhan permintaan dalam dan luar negara, manakala penggunaan swasta akan disokong oleh keadaan pendapatan dan pasaran bekerja yang menggalakkan.

Aktiviti pelaburan dijangka terus kukuh, disokong oleh projek infrastruktur yang sedang dalam pelaksanaan dan pengembangan kapasiti oleh firma.

“Di sektor luaran, eksport dijangka terus mendapat manfaat daripada momentum pertumbuhan global dan perdagangan di negara maju serta serantau yang positif.

“Secara keseluruhan, prospek bagi ekonomi Malaysia kekal kukuh,” jelasnya.

BNM menambah, inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada keseluruhan tahun ini, de­ngan jangkaan kesan yang lebih kecil daripada faktor kos global.

“Kadar pertukaran ringgit yang bertambah kukuh berbanding 2017 akan mengurangkan kos import, kata bank pusat,” ujar bank pusat.

Bagaimanapun, BNM berkata trajektori inflasi keseluruhan akan bergantung pada harga mi­nyak dunia yang masih amat tidak menentu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×