Azim pula cabar Hamidin? - Utusan Malaysia

Azim pula cabar Hamidin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 10 Mei – Selepas nama Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dikaitkan dengan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kini Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi pula disebut sebagai calon terbaharu yang akan mencabar kerusi panas tersebut.

Nama Abdul Azim, yang merupakan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) dicalonkan oleh Persa­tuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Naib Presiden PBNP, Datuk Akbar V.V Abu dalam satu kenyataan akhbar berkata, mereka yakin Abdul Azim dapat memikul amanah serta tanggungjawab sebagai Presiden FAM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kepimpinannya juga akan membantu FAM dalam mencapai matlamat ke arah kegemila­ngan bola sepak negara,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Abdul Azim ketika dihubungi bagaimanapun menegaskan, beliau hanya akan mengumumkan pendiriannya dalam satu sidang akhbar khas esok.

“Saya tidak mahu ulas dulu, tunggu saya buat sidang akhbar khas esok,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini mencadangkan Hamidin sebagai Presiden FAM selepas meletak jawatan pada 25 Mac lalu.

Pemilihan pucuk kepimpinan baharu akan dibuat dalam kongres tahunan badan bola sepak itu pada 14 Julai.

Difahamkan, Abdul Azim telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi PBNP namun enggan mendedahkan butiran perjumpaan itu.

Kelmarin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL), Nokman Mustaffa mengesahkan sudah menghadap Tengku Muhammad Fa-iz Petra di istana sempena perlawanan Liga Super menentang Kelantan di Kota Bharu, Sabtu lalu dan me­ngakui ada mengadakan perbincangan mengani bola sepak.

PBKL juga sedang menjalankan saringan terhadap beberapa calon bagi menerajui kerusi panas yang ditinggalkan Tunku Ismail.

Jawatan Presiden FAM kini dipangku Timbalan Presidennya, Datuk Wira Yusoff Mahadi sejak 2 April lalu hasil keputusan me­syuarat khas pertama Jawatankuasa Eksekutif (Exco) persatuan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Sementara itu, Hamidin yang mendapat sokongan ­majoriti Exco enggan mengulas mengenai perkembangan terbaru ini, sebaliknya berkata, Yusoff akan me­ngadakan satu sidang akhbar khas esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×