Krisis penjara Depok selesai - Utusan Malaysia

Krisis penjara Depok selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEPOK 10 Mei – Krisis tebusan membabitkan tahanan penjara beragama Islam di luar Jakarta berjaya diselesaikan dua hari selepas kejadian rusuhan maut di lokasi berkenaan yang mengorbankan enam orang Selasa lalu, lapor pegawai.

Beratus-ratus polis dan kenderaan perisai dikerah untuk menyelamatkan seorang pegawai polis yang dijadikan tebusan oleh banduan selepas kekecohan tercetus di ibu pejabat Briged Polis di Depok, menyebabkan lima pegawai polis dan seorang tahanan terbunuh.

Ketua Menteri Keselamatan, Wiranto berkata, seramai 145 tahanan menyerah diri tanpa syarat dalam operasi itu dan tebusan berjaya dibebaskan dalam keada­an selamat.

Menrut Wiranto, seramai 10 lagi tahanan yang cuba menentang polis turut menyerah diri selepas disembur dengan gas pemedih mata.

Beberapa letupan kedengaran berhampiran penjara pada awal pagi ini disebabkan oleh kerja-kerja memusnahkan bom buatan sendiri yang disimpan oleh tahanan tersebut.

Rusuhan berlaku selepas beberapa banduan menuntut supaya mereka diberi makanan yang dihantar oleh ahli keluarga mereka sebelum berjaya merampas beberapa senjata api milik pengawal penjara.

Beberapa tahanan yang terbabit dalam pertempuran adalah ahli kumpulan militan yang dipenjarakan atas tuduhan ber­kaitan keganasan.

Kumpulan militan Daesh me­ngaku bertanggungjawab terhadap rusuhan itu melalui Amaq News Agency, tetapi pihak berkuasa menolak dakwaan tersebut.

Antara tahanan di penjara itu ialah Aman Abdurrahman, seorang militan yang radikal dipenjara kerana mengatur serangan di Jakarta pada 2016 yang mengorbankan lapan orang.

Penjara-penjara yang penuh sesak di Indonesia terkenal de­ngan keadaan layanan yang teruk dan keganasan.

Dua tahun lalu, hampir 500 banduan melarikan diri dari penjara selepas mengadu tentang kesesakan dan masalah peras ugut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×