13 peserta berentap bagi kategori hafazan MTHQA - Utusan Malaysia

13 peserta berentap bagi kategori hafazan MTHQA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Seramai 13 peserta termasuk sembilan hafiz dan empat hafizah berentap memperdengarkan bacaan untuk pusingan terakhir kategori hafazan sempena Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Mereka termasuk Muhammad Amir Ikmal Khairul Anuar dan Siti Nadhirah Mohd. Shafie masing-masing mewakili Malaysia, Moukhtar Sylla (Senegal), Kolim Siddique (Bangladesh), Ibrahim Mohammad Irfan Ibrahim (Mozambique) dan Robiya Najmiddinova mewakili Uzbekistan.

MTHQA yang berakhir Sabtu ini disertai 90 peserta dari 87 negara.

Penyertaan penganjuran kali ini adalah paling tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Johan bagi qari dan qariah untuk kategori tilawah akan membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000. Manakala juga bagi hafiz dan hafizah pula akan menerima kepingan emas bernilai RM50,000 tajaan, wang tunai bernilai RM25,000 dan piala iringan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×