Pakatan Harapan tawar bekerjasama kepada BN Sarawak - Utusan Malaysia

Pakatan Harapan tawar bekerjasama kepada BN Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 10 Mei – Pakatan Harapan sedia membentuk kerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak demi kepentingan rakyat di negeri ini.

CHIENG JEN
CHIENG JEN

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, perbezaan ideologi dan politik perlu diketepikan demi kesejahteraan rakyat.

“Kita berbeza daripada segi ideologi dan politik tetapi kita tidak boleh meminggirkan suara rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hal ini kerana kita dipilih rakyat. Justeru, kita perlu mendengar suara mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Carpenter Street, di sini hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, selaku anak Sarawak, beliau turut komited untuk membangunkan masyarakat di negeri ini.

“Kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dari pelbagai aspek demi pembangunan dan masyarakat depan rakyat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×