Najib akur keputusan PRU-14, Agong tentukan siapa jadi PM - Utusan Malaysia

Najib akur keputusan PRU-14, Agong tentukan siapa jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak akur dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semalam.

Beliau berkata, BN menerima keputusan yang telah dibuat rakyat dan komited menghormati prinsip demokrasi berparlimen.

“Oleh kerana tiada parti yang memperoleh keputusan majoriti mudah, Yang di-Pertuan Agong akan menentukan siapa yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri mengikut Perlembagaan,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada PRU-14 semalam, Pakatan Harapan (PH), gabungan empat parti politik pembangkang yang baru dibentuk, menang besar pada pilihan raya umum Malaysia yang baru berakhir, menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.

Gabungan pembangkang itu memenangi 113 daripada  222 kerusi Parlimen dengan majoriti mudah. -K ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×