Keputusan PRU-14: Pakatan Harapan akan mengadap Sultan Perak mohon perkenan bentuk kerajaan negeri  - Utusan Malaysia

Keputusan PRU-14: Pakatan Harapan akan mengadap Sultan Perak mohon perkenan bentuk kerajaan negeri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah yang mendapat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tertinggi iaitu 29 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pas akan memohon perkenan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini. 

Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, para pemimpin PH negeri akan memohon perkenan Sultan Perak bagi membentuk kerajaan negeri atas dasar gabungan parti mereka mempunyai majoriti paling banyak berbanding BN dan Pas. 

“Kita berjaya mendapat majoriti paling banyak iaitu 29 kerusi DUN dan secara umumnya PH berjaya menawan Perak daripada BN. 

“Pemimpin PH akan memohon perkenan untuk tubuh kerajaan negeri dan mendapat sembah nasihat daripada baginda,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi. 

Di atas kertas, sesebuah parti yang bertanding boleh menubuhkan kerajaan memerintah apabila memenangi kerusi DUN dengan majoriti dua pertiga atau majoriti mudah. 

Berdasarkan situasi semasa, PH hanya memperoleh 29 kerusi DUN dan mereka kurang satu kerusi bagi membentuk kerajaan berdasarkan majoriti mudah. 

Tambah Ahmad Faizal, pihaknya akan mengadap Sultan Perak dan mendapatkan nasihat baginda terlebih dahulu sebelum memikirkan kemungkinan lain yang bakal berlaku. 

“Kami tidak akan membincangkan kemungkinan apa yang bakal berlaku esok dan apa yang penting para pemimpin PH negeri akan mengadap Tuanku Sultan di istana baginda terlebih dahulu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×