Pinjaman diunjur berkembang 5 peratus - Utusan Malaysia

Pinjaman diunjur berkembang 5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Industri perbankan Malaysia berada di landasan tepat untuk merekodkan pertumbuhan pinjaman sebanyak lima peratus berbanding pertumbuhan tahunan sebanyak 4.8 peratus pada tahun lalu.

Menurut AmInvestment Bank, unjuran itu seiring dengan jangkaan pertumbuhan Keluaran Da­lam Negara Kasar (KDNK) benar Malaysia berkembang antara lima dan 5.5 peratus pada 2018 didorong oleh permintaan domestik.

Katanya, Mac lalu menyaksikan peningkatan dalam pertumbuhan permohonan pinjaman industri kepada 0.02 peratus tahun ke tahun berbanding -5.8 peratus pada Februari 2018.

“Pertumbuhan permohonan pinjaman bukan isi rumah me­ningkat kepada 11.4 peratus tahun ke tahun pada Mac 2018 berban­ding -7.2 peratus pada Februari.

“Bagaimanapun, pertumbuhan permohonan pinjaman rumah semakin susut kepada -8.1 peratus tahun ke tahun,” katanya dalam nota penyelidikan di sini hari ini.

Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan pula menurun kepada 4.4 peratus tahun ke tahun pada Mac 2018 dari 4.5 peratus pada Februari lalu.

AmInvestment Bank berkata, ia disumbangkan oleh pertumbuhan pinjaman bukan isi rumah yang lebih perlahan sementara pertumbuhan pinjaman isi rumah kekal stabil.

“Dalam pada itu, dana bersih terkumpul yang diperoleh dalam pasaran oleh sektor swasta bernilai RM20.4 bilion bagi tempoh tiga bulan pertama 2018, berbanding RM23.9 bilion dalam tempoh sama pada 2017,” katanya.

Sementara itu, Maybank Investment Bank Bhd. mendapati kadar kelulusan pinjaman berkurang sebanyak 7.6 peratus tahun ke tahun pada Mac lalu.

Jelas firma penyelidikan itu, buat pertama kali dalam tempoh 18 bulan, permohonan pinjaman gadai janji menguncup sebanyak 1.2 peratus tahun ke tahun.

“Permohonan pinjaman auto­motif juga jatuh lima peratus ta­hun ke tahun untuk bulan keenam berturut-turut.

“Permohonan pinjaman hartanah komersial terus meningkat, tetapi kadar kelulusan purata menurun kepada 29 peratus pada Mac,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×