Pas ambil alih teraju Terengganu - Utusan Malaysia

Pas ambil alih teraju Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 10 Mei – Pas mengulangi sejarah yang dilakarnya pada 1999 apabila sekali lagi berjaya menawan Terengganu dengan menguasai sebahagian besar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Terengganu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Setakat pukul 12 tengah malam tadi Pas telah memenangi 21 daripada 32 kerusi DUN dan lima daripada lapan kerusi Parlimen.

Kemenangan itu membolehkan Pas membentuk kerajaan baharu di Terengganu yang diumumkan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Hussin Awang yang disaksikan puluhan ribu penyokong Pas di Dewan Tok Guru bersebelahan Masjid Rusila, dekat sini malam ini.

Sejak petang tadi lagi pekarangan masjid berkenaan mulai dipenuhi para penyokong yang ingin mengetahui keputusan calon yang bertanding.

Hussin seterusnya menyebut kesemua 21 kerusi DUN yang dimenangi Pas iaitu Kota Putera, Jabi, Tepuh, Buluh Gading, Bukit Tunggal, Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Buruk.

Begitu juga DUN Alur Limbat, Bukit Payung, Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Manir, Kuala Berang, Rantau Abang, Sura, Paka, Kemasek, Cukai dan Air Putih.

Yang turut hadir dalam majlis pengumuman itu ialah barisan kepemimpinan tertinggi Pas termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Mursyidul Am, Hashim Jasin dan ahli Majlis Syura Ulama.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×