SHAH ALAM – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim gagal mempertahankan kerusi tersebut setelah kalah dengan majoriti 8,498 undi kepada Dr. Dzulkefly Ahmad dari Amanah.
Irmohizam yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO hanya memperoleh undi 21,344 berbanding Dzulkefly sebanyak 29,842 undi.
Sementara, Mohd. Fakaruddin Ismail merupakan calon Pas memperoleh undi 8,535.
Kemenangan Dzulkefly yang merupakan pakar strategi Amanah itu hasil pengiraan undi terhadap 87.7 peratus daripada 63,937 pemilih berdaftar yang keluar mengundi semalam.
Ini adalah kali kedua Dzulkefly memenangi kerusi Parlimen tersebut selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) sebelum kalah kepada Irmohizam pada PRU-13 dengan majoriti 460 undi. – K! ONLINE








