Lapan senario bakal dilakukan pembangkang - Utusan Malaysia

Lapan senario bakal dilakukan pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan lapan senario yang bakal dilakukan oleh gabungan pembangkang PKR, selepas pusat mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ditutup.

Menurut Pensyarah Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Noorfajri Ismail, perkara tersebut dapat dilihat apabila terdapat beberapa pihak cuba mewujudkan provokasi mengenai penutupan pusat mengundi yang ditetapkan pukul 5 petang.

“Perkara itu telah termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981), jadi semua pihak perlu faham serta hormat ketetapan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peraturan adalah peraturan, kita tidak boleh sesuka hati hendak melanggar peraturan dan membangkitkan pelbagai alasan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah banyak menggunakan budi bicara dengan pelbagai pihak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berikut merupakan lapan senario yang mungkin dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan implikasi negatif terhadap proses demokrasi di negara ini:

1. Pembangkang akan mula menularkan kononnya mereka sudah menang di beberapa kawasan, sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
2. Pembangkang akan mengeluarkan Borang 14 palsu menunjukkan kiraan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) mereka menang.
3. Apabila SPR umumkan kemenangan calon-calon Barisan Nasional (BN), pembangkang akan sebarkan fitnah terhadap agensi tersebut kononnya berpakat dengan BN membuat Borang 14 palsu.
4. Pembangkang akan mengambil gambar dan menularkan mereka menjumpai tong-tong berisi kertas undi yang kononnya dibuang oleh SPR.
5. Pembangkang akan membuat laporan polis mendakwa SPR menipu dan berpakat dengan BN dalam mengendalikan PRU-14.
6. Pemimpin pembangkang akan berkumpul dan membuat sidang akhbar mendakwa mereka telah menang, manakala SPR menipu.
7. Pimpinan pembangkang akan mengajak pengikutnya turun ke jalan raya membantah keputusan kemenangan BN dan cuba mencetuskan huru-hara.
8. Cubaan sabotaj semua saluran media sosial BN, terutama milik pimpinan BN bagi menyebarkan berita palsu atau dilonggokkan spam sehingga gagal berfungsi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×