Royalti: masih wujud kebimbangan - Utusan Malaysia

Royalti: masih wujud kebimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 26 Nov. – Di sebalik jaminan oleh Kerajaan Pusat bahawa Terengganu tidak akan dianaktirikan, dan akan tetap menerima royalti minyak yang menjadi sumber utama pergantungan negeri, kalangan penyokong kerajaan masih menyuarakan kebimbangan.

Hilmi Harun
Hilmi Harun 

Hilmi Harun (Pas -Manir)  mendoakan pendirian kerajaan Pusat tidak berubah, kekal pada janji dan harga bahan itu di pasaran dunia terus stabil agar segala perancangan pembangunan dalam pelbagai aspek dan memacu ekonomi negeri dapat digerakkan dengan lancar oleh kerajaan negeri yang masih dalam tempoh peralihan.

 Ketika berucap dalam perbahasan Bajet 2019 dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini beliau menarik perhatian, daripada RM2.015 bilion hasil yang dijangka diperoleh bagi merencanakan bajet berimbang, sebanyak 86 peratus merupakan daripada sumber royalti (Terimaan Bukan Hasil)

“Timbul  kebimbangan dengan hasil royalti yang mungkin diterima atau tidak (mengikut kadar dan tempoh sepatutnya),  justeru perlu terus cari mekanisme lain (bagi persediaan mengurangkan pergantungan dan meningkatkan sumber hasil),”ujarnya ujarnya dengan turut merujuk kepada pembangunan  Lembah Silika Terengganu.

Semalam Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditemui pemberita selepas membentangkan Bajet 2019  berharap baki bayaran royalti minyak dan gas yang dianggarkan berjumlah antara RM400 hingga RM500 juta dapat diterima sebelum akhir tahun ini.

 Menurut Dr. Ahmad Samsuri, selepas Pas mengambil alih Terengganu, kerajaan negeri sudah menerima bayaran royalti sebanyak RM300 juta iaitu pada Ogos dan awal  September lalu.

“Jumlah sebenar bayaran bukan kiraan kerajaan negeri sebaliknya Petronas sendiri  bergantung kepada jumlah pengeluaran dan harga pasaran semasa dan dihantar kepada Perbendaharaan.

“Cuma berdasarkan kiraan kasar yang dibuat, kita jangka bakinya antara RM400 hingga RM500 juta. Kita harap tahun depan akan bermula episod baharu bayaran royalti  untuk negeri Terengganu,” ujar beliau. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×