Perbicaraan kes laporan palsu Farid Kamil tangguh Februari 2019 - Utusan Malaysia

Perbicaraan kes laporan palsu Farid Kamil tangguh Februari 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 26 Nov. – Perbicaraan kes pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil atas pertuduhan membuat laporan polis palsu berhubung dakwaan dianiaya tiga rakan artis yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan ke Februari 2019 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Salamiah Salleh, memutuskan demikian selepas pihak pembelaan memohon untuk meneliti pertuduhan pindaan yang baru dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Terdahulu, Farid Kamil atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 37, masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut.

Mengikut pertuduhan pindaan, Farid Kamil, didakwa telah membuat satu kenyataan palsu berhubung laporan  Damansara yang timbul dalam perbicaraan kehakiman supaya kenyataan palsu tersebut menyebabkan seseorang itu melayani suatu pendapat yang silap mengenai perkara mustahak kepada keputusan perbicaraan.

Pelakon filem J Revolusi itu didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur dekat sini kira-kira pukul 5.54 petang, 31 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Mengikut pertuduhan asal pada 9 Mac lalu, Farid Kamil didakwa telah mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan keterangan tidak benar memandangkan laporan tersebut boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×