MAHA 2018 lanjutkan operasi sehingga pukul 10 malam - Utusan Malaysia

MAHA 2018 lanjutkan operasi sehingga pukul 10 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 akan melanjutkan waktu operasinya sehingga pukul 10 malam berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, walau bagaimanapun hanya 10 lokasi sahaja yang terlibat dengan pelanjutan itu bermula hari ini.

“Dewan dan laman-laman yang terlibat adalah Dewan A, Dewan C, Dewan Agrotrade 1 dan 2, Laman Tiba 1 dan 2, Laman Ternakan, Laman Florikultur, Mak Cun Village serta Lola dan Baba.

“Bagi lokasi yang lain masa operasi akan kekal seperi biasa iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 7 petang,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media MAHA 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×