Tengku Permaisuri Selangor rasmi pusat sehenti kucing Selangor - Utusan Malaysia

Tengku Permaisuri Selangor rasmi pusat sehenti kucing Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menyempurnakan perasmian Pusat Sehenti Kucing Selangor sempena hari keempat pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018).

Keberangkatan baginda diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dan isterinya, Datin Fatimah Taha.

Baginda menyempurnakan majlis perasmian berkenaan di Dewan Pameran A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini yang turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Medic Pets (M) Sdn. Bhd. (Medic-Pets), Siti Sofiah Ramli.

Baginda turut berkenan mengunjungi beberapa tapak pameran selepas selesai merasmikan pelancaran majlis itu dan berangkat meninggalkan dewan itu kira-kira pukul 11.30 pagi.

Sementara itu, Siti Sofiah berkata, Pusat Sehenti Kucing Selangor akan dibuka sepenuhnya pada Disember ini di Setia Alam, Selangor dan penubuhan pusat itu bertujuan memberi maklumat kepada pemilik kucing mengenai penjagaan haiwan peliharaan itu dengan kaedah sebetulnya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×