Seorang peserta konvoi motosikal maut, enam cedera terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Seorang peserta konvoi motosikal maut, enam cedera terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Nov.- Seorang peserta konvoi motosikal maut manakala tujuh lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 405, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kuala Kubu Bahru, Selangor hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakan-rakannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dekat sini dan Hospital Tanjung Malim, Perak bagi menerima rawatan lanjut.

SEBAHAGIAN motosikal yang dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 405, Lebuh Raya Utara Sel
SEBAHAGIAN motosikal yang dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 405, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kuala Kubu Bahru, Selangor hari ini. – UTUSAN ONLINE

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira pukul 10.33 pagi sebelum tiba di lokasi kemalangan pada pukul 11.05 pagi.

“Kerja-kerja merawat mangsa dilakukan di lokasi sebelum mereka dikejarkan ke hospital,” katanya di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×