Solekan hologram dengan penggunaan highlighter dan pembayang mata pelbagai warna dilihat menjadi trend terkini. Tidak lagi sekadar solekan neutral yang selamat, dunia solekan kini lebih meriah dan menarik dengan trend hologram.
Diilhamkan dari trend terkini, Marie Dalgar Color Studio memperkenalkan koleksi It’s Holo dengan sinar hologram sebanyak 360 darjah, solekan yang membuatkan wajah anda mempesonakan dan menyerlahkan kecantikan anda yang berbeza dalam setiap foto.
Walau di sudut mana dan pencahayaan yang berbeza, setiap ketikan gambar swafoto anda pasti akan kelihatan cantik kerana pantulan yang berbeza dari sinar hologram.
Koleksi It’s Holo merangkumi pelet pembayang mata, pelet highlight dan kit gincu mini yang kesemuanya berkonsepkan sinar hologram. Menggunakan formula yang padat dan kaya dengan intipati yang melembabkan, setiap solekan akan memberikan rasa lembut dan tekstur yang ringan.
Terutamanya teknologi mikrosphera yang membuatkan ia lebih sempurna pada wajah, membuatkan solekan anda tahan lama sambil memberi anda cahaya semula jadi.
It’s Holo Eyeshadow Palette merupakan palet pembayang mata holografi yang berkrim dengan warna yang terkini dan sinaran bagaikan mutiara.
Kombinasi kesan prisma tiga dimensi dengan mutiara halus serta batu permata memberikan pelbagai kesan hologram. Diilhamkan oleh unsur holografik yang terkini, 10 warna pembayang mata hologram yang baru ini akan membawa kelopak mata anda bersinar bagaikan puteri.
It’s Holo Highlighter Palette pula merupakan palet highlighter dengan formula serbuk yang ringan dan memberikan anda cahaya 360 darjah dengan pelbagai warna dan sinaran.











