Pramugara dipenjara 12 bulan - Utusan Malaysia

Pramugara dipenjara 12 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Nov. – Seorang pramugara warga Malaysia dikenakan hu­kuman penjara 12 bulan kerana cuba menyeludup wang tunai berjumlah 150,000 pound (RM807,300) dari Britain ke Kua­­la Lumpur baru-baru ini.

Agensi Jenayah Kebangsaan Britain (NCA) melaporkan, Mu­hamad Aziz, 37, dikenakan hukuman tersebut selepas me­ngaku bersalah dalam perbicaraan di Mahkamah Isleworth Crown, kelmarin.

Laporan itu menyebut Muhamad ditahan anggota kese­lamatan di Terminal 4, Lapangan Terbang Antarabangsa Heat­hrow sebelum menaiki pe­nerbangan ke Kuala Lumpur.

Selepas ditahan, anggota ke­selamatan menemukan sejumlah 100,000 pound (RM538,200) wang tunai di dalam beg pakaiannya dan 50,000 pound (RM269,100) lagi dalam beg jinjit ketika melalui mesin pengimbas.

Dalam laporan itu juga, Muhammad mendakwa dia membawa wang tersebut dari luar negara ke United Kingdom dan ingin membelanjakan wang tersebut untuk membeli beg dan jam tangan di Harrods.

Bagaimanapun, Muhammad mendakwa tidak dapat berbe­lanja kerana ‘terlalu penat’.

Lelaki yang berasal dari Sela­ngor itu juga enggan menjelaskan mengenai dua resit dari Primark yang dikeluarkan tarikh sama ketika ditahan pada hari tersebut.

“Muhamad telah berkhidmat sebagai pramugara selama 15 tahun dan seharusnya lebih memahami peraturan dan undang-undang membawa wang masuk dan keluar dari negara ini,” jelas Pengurus Operasi NCA, Ian Truby. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×