Penganjur Himpunan bantah ICERD akan dipanggil berikan keterangan - Utusan Malaysia

Penganjur Himpunan bantah ICERD akan dipanggil berikan keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penganjur himpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijangka diadakan pada 8 Disember depan akan dipanggil untuk memberikan keterangan kepada pihak polis dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihak penganjur telah menghantar notis pemberitahuan berkenaan penganjuran himpunan tersebut.

“Pihak polis akan menghubungi mereka untuk mendapatkan kenyataan berhubung perkara itu.

“Walaupun himpunan itu dianjurkan untuk menyuarakan pendapat tetapi ia perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Noor Rashid menambah, penganjurnya bertanggungjawab terhadap segala yang terjadi pada himpunan berkenaan dan ia perlu dijalankan dalam siasatan yang aman.

Media pada 17 November lalu melaporkan bahawa 8 Disember ini ditetapkan untuk penganjuran himpunan membantah ICERD di ibu kota. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×