Wanita UMNO P. Pinang bantah Waytha Moorthy - Utusan Malaysia

Wanita UMNO P. Pinang bantah Waytha Moorthy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 23 Nov. – Orang Melayu tidak pernah dengki dengan kejayaan yang dicapai oleh kaum lain di negara ini selain tidak pernah sesekali mendiskriminasi mana-mana kaum seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehubungan itu, keharmonian yang telah dikecapi lebih 60 tahun itu harus dikekalkan serta setiap bangsa harus memiliki rasa hormat kepada bangsa lain.

Perkara itu ditegaskan Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang Datuk Norliza Abdul Rahim ketika membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy yang dianggap keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan kurang senang banyak pihak.

Menurutnya, pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin itu yang disifatkan keterlaluan dan mengundang perpecahan kaum di negara ini susulan rakaman video yang menjadi tular baru-baru ini.

“Semua 13 Ketua Wanita UMNO bahagian di Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya kenyataan Waytha Moorthy itu yang dianggap bersifat perkauman dan berniat jahat.

Bantahan Wanita UMNO
SEBAHAGIAN daripada ahli ahli wanita UMNO yang mewakili 13 bahagian Pulau Pinang mengadakan bantahan aman bagi menuntut supaya pihak berkuasa menyiasat P. Waytha Moorthy Ponnusamy yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini. – UTUSAN ONLINE/SAZALI CHE DIN

“Pada masa sama kami juga membantah usaha untuk mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dianggap mencabul kedaulatan negara serta menggugat hak dan keistimewaan orang Melayu,” katanya selepas membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Tambah Norliza, kerajaan Pakatan Harapan hari ini juga memikirkan perkara yang lebih penting berkaitan kebajikan rakyat berbanding tunduk kepada desakan pihak tertentu yang mahukan ICERD. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×