'Boy Tiger' didakwa bunuh anak tiri lelaki - Utusan Malaysia

‘Boy Tiger’ didakwa bunuh anak tiri lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG – Seorang lelaki yang digelar sebagai ‘Boy Tiger’ yang menyebabkan kematian anak lelaki tirinya dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Khairul Izzaini Khairuddin, 31, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohammad Firdaus Sadina Ali. 

Ini kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang kanak-kanak lelaki Muhammad Qairil Aqmal Abdul Hakim berusia tiga tahun empat bulan di ruang tamu di sebuah unit rumah tingkat 3, Jalan Bukit Indah 5, Taman Bukit Indah, Ampang, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi, 8 November lalu.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding semalam pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim manakala Khairul Izaini tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Disember ini iuntuk sebutan semula kes menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

Dalam pada itu, isteri suspek yang direman di Hospital Kajang minggu lalu dibebaskan dengan jaminan bon. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×