Warga emas hilang ditemui mati - Utusan Malaysia

Warga emas hilang ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT – Misteri kehilangan seorang warga emas sejak 24 jam lalu ketika menjalankan aktiviti menangkap burung dan ayam hutan terjawab apabila dia ditemui mati di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Jaya Setia, Sungai Siput (Utara) di sini semalam.

Mayat Ho Yow Sun, 69, dari Butterworth, Pulau Pinang ditemui pada pukul 1.30 tengah hari oleh pasukan mencari dan menyelamat yang melancarkan operasi sebaik menerima maklumat.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Rozeni Ismail berkata, polis dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa oleh rakan dan anak saudaranya yang turut serta dalam aktiviti tersebut pada pukul 9 pagi kelmarin.

“Sebelum mangsa hilang, mereka bertiga telah berpecah untuk memasuki kawasan ladang kelapa sawit bagi menangkap burung dan ayam hutan.

“Mereka berjanji akan kembali semula ke tempat letak motosikal pada pukul 1 tengah hari namun mangsa tidak muncul pada waktu yang dijanjikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×