Ferrari sedia julang nama Leclerc - Utusan Malaysia

Ferrari sedia julang nama Leclerc

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jurutera Ferrari, Jock Clear memberi­tahu, pasukan tersebut perlu bersiap sedia dan memberi soko­ngan padu kepada pemandu baharu, Charles Leclerc yang akan menyertai Ferrari musim depan.

Leclerc mempu­nyai satu lagi perlumbaan terakhir bersama Sauber sebelum mengambil alih tempat Kimi Raikkonen dalam pasukan Ferrari bagi saingan Formula Satu (F1) musim 2019.

Bagaimanapun, timbul persoalan mengenai kemam­puan Leclerc sama ada pemandu kelahiran Monte Carlo, Monaco itu mampu berdepan tekanan sebagai pemandu Ferrari memandang­kan dia hanya memiliki pe­ngalaman ‘setahun jagung’ pada saingan F1.

Justeru, Clear yang berpendapat sama mengenai kemampuan Leclerc mahu pasukan Ferrari memastikan mereka mampu melakukan fasa peralihan dengan lancar secepat mungkin.

“Salah satu persoalan yang para peminat sering usulkan, adakah Leclerc sudah bersedia? Jadi, kami juga perlu bersiap sedia. Ferrari harus bersedia untuk melakukan langkah ini.

“Ia satu tindakan berani yang dilakukan Ferrari dan kami semua menerimanya memandangkan kami sudah menyatakan kesanggupan.

“Bagaimanapun, kami juga perlu bersedia memberi peluang dan menyokong penuh Leclerc dengan cara yang betul.

“Kami berharap dia akan dapat melakukan tugas dengan terbaik. Saya fikir hubungannya dengan pasangannya, Sebastian Vettel juga suatu perkara penting,” ujar Clear. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×