MoU baharu lindungi pekerja Indonesia - Utusan Malaysia

MoU baharu lindungi pekerja Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur dan Jakarta hari ini bersetuju satu memorandum persefahaman (MoU) baharu perlu diadakan bagi melindungi pekerja Indonesia di Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kedua-dua pihak merancang untuk menandatangani MoU berkenaan tahun depan.

“Pekerja migran…Kami bersetuju perlu ada MoU baharu. Untuk makluman saudara, Presiden  Indonesia Joko “Jokowi” Widodo akan melakukan lawatan (ke Kuala Lumpur). 

“Kami akan cuba melakukannya pada Januari. Kami sedang mengkaji tarikhnya. Saya tak dapat menyatakan tarikh yang mana satu. Harap-harap, semasa lawatan itu, akan ada satu atau dua MoU,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-16 dekat sini hari ini.

Turut hadir, rakan sejawatan beliau dari Indonesia, Retno Marsudi.

Ditanya sama ada Malaysia melaksanakan dasar dan peraturan lebih ketat berhubung pekerja migran, Saifuddin berkata objektif kerajaan adalah untuk menyelesaikan isu berkaitan proses pengambilan dan mengurangkan jumlah pekerja asing, terutama pekerja tanpa izin. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×