Insurans RM100,000 untuk warga asing - Utusan Malaysia

Insurans RM100,000 untuk warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 21 Nov. – Perlindungan insurans sehingga RM100,000 bagi rawatan penyakit, kemalangan dan pampasan kematian akan diterima warga asing yang menyertai Program Kebajikan dan Khidmat Imigran Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka).

Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, selain itu, banyak faedah lain menanti peserta program berkenaan.

“Program ini adalah inisiatif Peka yang dirangka khusus bahi memastikan kebajikan warga asing terurus dan dipantau sebaik mungkin.

“Peka komited mengambil berat kepentingan mereka yang menyertai program ini supaya tidak didiskriminasi dalam sebarang bentuk isu termasuk di tempat kerja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya di sini hari ini.

Zuhairi berkata, Peka kerap menerima aduan berhubung majikan yang ‘culas’ bagi memperbaharui permit kerja warga asing, tidak membayar gaji, sering dipaksa melakukan kerja lebih masa, tidak diberi cuti dan diminta melakukan hal diluar skop kerja.

“Dalam keadaan begini, menerusi khidmat guaman Peka, tiap-tiap aduan penganiayaan akan dilaporkan supaya diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Kita tidak boleh menyalahkan warga asing semata-mata berkenaan kesalahan permit kerja tamat tempoh apabila ditahan sedangkan rekod menunjukkan mereka ada majikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×