67 PATI termasuk empat bayi ditahan - Utusan Malaysia

67 PATI termasuk empat bayi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU 21 Nov. – Sebanyak 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk empat bayi ditahan dalam operasi di perairan Kampung Sungai Bilis, Tanjung Labian, di sini semalam.

NASRI MANSOR
NASRI MANSOR 

Dalam operasi kira-kira pukul 10 pagi itu, kesemua PATI ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah dan berada di perairan negara.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, hasil siasatan awal mendapati mereka bergerak daripada Pulau Denawan Semporna, pada Jumaat lalu untuk ke Tanjung Labian. 

“Tangkapan itu dilakukan ketika pihaknya melakukan rondaan bersepadu di pesisir pantai tersebut.

“Semasa rondaan dibuat, pasukan kita telah terserempak dengan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan berlegar di pesisir pantai dan menahan mereka untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nasri menambah, tangkapan merupakan masyarakat ‘pelauh’ yang tinggal secara nomad di atas perahu yang kebanyakannya mempunyai hubungan kekeluargaan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imgresen 1963 kerana tidak mempunyi keterangan diri yang sah,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×