BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 20 NOVEMBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 20 NOVEMBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor yang mengarahkan supaya tanda nama jalan dikekalkan kepada satu bahasa, iaitu bahasa Melayu. Tindakan segera itu perlu bagi mengelakkan keresahan masyarakat dan menjadi lebih kontroversi. Semua pihak seharusnya menghormati arahan itu dan menghentikan tindak tanduk yang boleh menimbulkan salah faham masyarakat.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) pula perlu lebih berhati-hati. Berundinglah terlebih dahulu bagi mengelakkan salah faham. PBT dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga perlu lebih tegas berhubung penggunaan bahasa ini di papan-papan iklan dan nama jalan. Keutamaan adalah kepada bahasa Melayu.

Walaupun soal bahasa nama jalan dan sebagainya mungkin dianggap remeh tetapi sekiranya pengabaian secara berterusan, lama kelamaan bahasa ini akan dilupakan. Kerajaan perlu menyatakan pendirian yang lebih tegas mengenai kedudukan bahasa seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Hormati dan fahami apa yang sudah dipersetujui bersama. Langkah-langkah untuk memperkasakan bahasa Melayu juga perlu dilakukan termasuk melalui sistem pendidikan nasional. Jika tidak bahasa Melayu akan terpinggir.

Awang juga ingin mengingatkan bahawa isu-isu sensitif berkaitan kontrak sosial termasuk soal agama, bahasa, budaya dan sebagainya tidak akan berlaku sekiranya semua pihak mendukung Perlembagaan Persekutuan. Malangnya ada pihak yang sengaja membuat tafsiran yang pelbagai sehingga menimbulkan kekeliruan dan salah faham.

AWANG – Pertahan tulisan jawi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×