[VIDEO] Edar Bible: Undang masalah lebih besar kepada negara jika tiada tindakan tegas - Utusan Malaysia

[VIDEO] Edar Bible: Undang masalah lebih besar kepada negara jika tiada tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 18 Nov. – Biarpun dibasahi hujan, ribuan umat Islam berhimpun di Masjid Sultanah Bahiyah dekat sini, hari ini sebelum berarak hampir dua kilometer ke Wisma Darul Aman bagi menyatakan bantahan terhadap pengedaran risalah Bible kepada umat Islam, baru-baru ini.

Diketuai pengasas Skuad Badar, Azhar Mohamad; aktivis Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi serta pendakwah bebas, Ahmad Husam Muhammad Baderudin, para peserta himpunan tersebut turut melaungkan penentangan terhadap ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut Azhar, kesemua mereka yang mula berhimpun sejak pukul 8 pagi menuntut supaya kerajaan menerusi pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa­nya telah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…


Video Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

“Sebelum ini, penyebaran Bible dibuat di beberapa kawasan perumahan di Kota Kuala Muda tetapi hari ini kami dapat maklumat kegiatan itu menular ke Baling pula.

“Semua ini mesti dijawab menerusi tindakan dan kenya­taan tegas daripada kerajaan. Hari ini kami menganggarkan terdapat lebih 3,000 umat Islam yang hadir tetapi jika tiada tindakan diambil, kami akan kumpulkan lebih ramai lagi hingga lebih 10,000 orang untuk datang ke sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu Yusuf mene­gaskan, pihak berwajib tidak seharusnya memandang ringan perkara tersebut kerana perbuatan sedemikian hanya mengundang masalah lebih besar kepada negara.

“Untuk rakan-rakan bukan Islam, tindakan ini dibuat bukan kerana kami rasis sebaliknya apa yang dilakukan hanyalah memelihara kepentingan agama kami.

“Kami menghormati agama lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tiada masalah untuk hidup bersama kaum lain, namun tindakan tegas mesti diambil terhadap golongan tiada akal yang memecahbelahkan keharmonian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×