Anggota badan Khashoggi didakwa dibawa keluar dengan bagasi - Utusan Malaysia

Anggota badan Khashoggi didakwa dibawa keluar dengan bagasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA 18 Nov. – Pembunuh wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi mungkin telah mengambil ‘menyembunyikan’ tubuh badannya ke dalam bagasi, menurut Menteri Pertahanan Turki, Hulusi Akar dipetik CNN Turk, hari ini

Khashoggi, penduduk tetap Amerika Syarikat dan kolumnis Washington Post, terbunuh di konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober, mencetuskan kemarahan seluruh dunia terhadap kerajaan dan penguasa de facto, Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Riyadh memberikan banyak penjelasan yang bercanggah terhadap kehilangannya, sebelum mengatakan Khashoggi terbunuh selepas ‘rundingan’ agar kembali ke Arab Saudi gagal.

Bercakap sebagai panel dalam persidangan antarabangsa di Halifax, Kanada, Akar berkata pembunuh Khashoggi mungkin telah membawa keluar anggota badan dari Turki dengan bagasi.

“Kebarangkalian ialah mereka meninggalkan negara itu tiga hingga empat jam selepas melakukan pembunuhan berlaku. Mereka mungkin telah membawa mayat Khashoggi di dalam bagasi tanpa menghadapi masalah kerana kekebalan diplomatik mereka,” kata CNN Turk memetik kenyataan Akar. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×