Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes samun anggota polis - Utusan Malaysia

Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes samun anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Polis menahan enam lelaki disyaki terlibat dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang anggota polis, Jumaat lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua suspek berumur 20 hingga 37 tahun itu ditahan dalam empat serbuan di sekitar bandar ini, bermula pukul 7.30 pagi hingga 2 petang, semalam.

Beliau berkata, dalam siri tangkapan itu, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM180, kad pengenalan mangsa, lesen memandu pasukan, kad ATM, kad koperasi polis, buku nota kecil dan telefon bimbit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 23 November nanti bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Habibi berkata, berdasarkan siasatan, anggota polis berumur 22 tahun itu disamun kira-kira pukul 11.45 malam, Jumaat lepas di hadapan sebuah bank berhampiran Jalan Gaya dekat sini.

Beliau berkata, mangsa yang baru melapor tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada 15 November lepas, mengalami kecederaan bengkak di kepala sebelah kiri akibat disamun sekumpulan lelaki berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×