Mekanik motosikal maut dirempuh van peniaga pasar malam - Utusan Malaysia

Mekanik motosikal maut dirempuh van peniaga pasar malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang mekanik motosikal berusia 20 tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Jalan LBJ – Nilai dekat sini kira-kira pukul 5.50 petang tadi.

Mangsa, M.Siva Vikcneesh maut di tempat kejadian selepas motosikal jenis Yamaha LC135 dinaikinya dirempuh sebuah van jenis Mitsubishi dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Syazwan Saidy berkata, kemalangan itu berlaku di simpang empat Eka Matahari menuju ke Bandar Enstek.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang saksi kejadian mendakwa kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal yang datang dari arah Eka Matahari memasuki laluan bertentangan lalu dirempuh oleh sebuah van.

“Penunggang motosikal itu terperosok ke bawah van berkenaan dan mengalami kecederaan teruk,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Mohd. Syazwan berkata, Siva Vikcneesh disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Hospital Tuanku Ja’afar ( HTJ) Seremban.

Kata beliau, pemandu van iaitu seorang lelaki berstatus pemastautin tetap dari Pakistan yang dalam perjalanan untuk berniaga di tapak pasar malam di Sendayan cedera pada dada dan kepala.

Kata beliau, anggota bomba mengambil masa selama 10 minit bagi memberi rawatan awal kepada pemandu van tersebut, manakala mayat mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×