Ambil tindakan turapan tidak berkualiti – Lam Thye - Utusan Malaysia

Ambil tindakan turapan tidak berkualiti – Lam Thye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Pihak berkuasa perlu membuat perancangan ja­ngka masa panjang melalui kaedah pelaksanaan yang lebih sempurna bagi me­ngatasi isu jalan raya rosak di negara ini.

LEE LAM THYE

Aktivis ma­sya­ra­kat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kegagalan pihak berkuasa menangani masalah jalan rosak bukan isu baharu kerana punca-puncanya sudah lama dikenal pasti antaranya kualiti turapan yang terlalu rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, beliau menyifat­kan kegagalan kontraktor pembinaan jalan raya di negara ini mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan menyebabkan kualiti turapan di kebanyakan kawasan tidak bertahan lama.

“Segelintir kontraktor ha­nya mahu melakukan kerja dengan cepat tanpa mengambil kira kesan jangka panjang yang akhirnya memberi masalah kepada pengguna.

“Jika ia tidak di­tampal dengan be­tul dengan kualiti yang bagus, isu jalan berlubang akan te­rus berulang,” ka­tanya kepada Utu­san Malaysia.

Beliau mengu­las laporan akhbar ini ber­­hu­bung jalan rosak di Jalan Desa Cheras baru-baru ini yang berpunca daripada tindakan kontraktor menampal turapan lama tanpa mengorek bahagian bawah menyebabkan strukturnya mudah merekah dan mudah mengalami kerosakan.

Tambah Lam Thye, kua­liti turapan yang baik bukan sahaja mengurangkan kos penyelenggaraan tetapi dapat memanjangkan hayat jalan raya untuk jangka masa panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×