Kerajaan PH perlu tegas terhadap LGBT – Mufti Pahang - Utusan Malaysia

Kerajaan PH perlu tegas terhadap LGBT – Mufti Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Sudah tiba masanya kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersikap tegas terhadap mana-mana pihak yang menggalakkan kepada perbuatan tidak bermoral terutamanya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, sehingga kini kerajaan PH belum mengeluarkan satu arahan yang tegas bagi mengharam­kan sebarang penganjuran perhimpunan, persembahan atau apa juga sambutan yang melibatkan golongan songsang ini.

ABDUL RAHMAN OSMAN
ABDUL RAHMAN OSMAN 

“Saya tidak bermaksud untuk membandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang dilihat mampu menyekat mana-mana pihak daripada mempromosikan aktiviti LGBT di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi mengapa tidak perkara baik seperti ini diteruskan de­ngan PH juga bersuara dan bersikap tegas tanpa sebarang kompromi terhadap golongan ini.

“Ini kerana saya percaya, mempamerkan kononnya sikap terbuka hanya menggalakkan golongan ini berleluasa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kehadiran Ikon Gay Antarabangsa atau Ratu LGBT , Sinon Loresca dari Filipina yang akan mengadakan persembahan famous catwalk di ibu kota.

Abdul Rahman berkata, tidak timbul isu perkara ini disebabkan menyalahi ajaran Islam semata-mata tetapi beliau percaya ke­semua agama yang ada di negara ini menentang keras perbuatan songsang ini.

“Mereka yang tidak mempercayai tuhan atau atheis sekalipun, saya percaya mereka juga menentang LGBT kerana ia menyalahi kejadian dan fitrah manusia yang normal,” katanya.

Menurutnya, kerajaan PH perlu menunjukkan sikap yang tegas supaya tidak ada mana-mana pihak akan menggunakan kaedah mereka sendiri untuk menghalang LGBT.

“Saat itu keadaan tentunya tidak lagi aman tetapi kita masih belum terlambat sebelum keadaan kian menjadi parah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN