Pendekatan ikut kemampuan – PM - Utusan Malaysia

Pendekatan ikut kemampuan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Belanjawan 2019 yang dibentangkan hari ini dibuat dengan berhati-hati dengan mengambil kira kemampuan perbelanjaan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri berkata, Belanjawan 2019 juga tidak melebihi pendapatan kerajaan di samping cuba untuk memenuhi aspirasi rakyat.

“Kita berhati-hati, kita belanja mengikut kemampuan, tidak ada duit kita tak belanja.

“Belanjawan ini cuba memenuhi aspirasi rakyat, pada masa sama ia tidak melebihi pendapatan kita, kita tidak ada pinjaman untuk kita buat syarikat baharu supaya kita boleh curi duit,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut beliau, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempu­nyai tugas penting untuk memberi maklumat atau penjelasan lebih terperinci terutamanya terhadap pemain pasaran.

“Ini kerana reaksi mereka menjadi perkara yang penting dan jika mereka tidak faham mungkin tafsiran mereka tidak tepat.

“Sebab itu Menteri Kewa­ngan dan juga pegawai-pegawai lain terutama daripada Bank Negara Malaysia (BNM) serta anggota kerajaan sendiri akan membuat penjelasan berkenaan dengan bidang tugas mereka,” katanya.

Dalam pada itu, ketika dita­nya mengenai tindakan kerajaan setelah kerajaan Jepun menjamin sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) untuk penerbitan bon Samurai bertempoh 10 tahun, Perdana Menteri berkata, wang tersebut kebanyakannya akan digunakan untuk membayar beberapa pinjaman dalam jumlah tinggi yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN