RM314.5b untuk Belanjawan 2019 - Utusan Malaysia

RM314.5b untuk Belanjawan 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Belanjawan 2019, belanjawan pertama di bawah pentadbiran Pakatan Ha­rapan, akan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding peruntukan kira-kira RM290.4 bi­lion pada 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rak­yat hari ini, Menteri Kewa­ngan, Lim Guan Eng berkata, daripada jumlah itu, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

“Peruntukan ini tidak termasuk simpanan luar jangka berjumlah RM2 bilion,” katanya ketika membentangkan belanjawan sulungnya.

Di bawah peruntukan pembangunan, katanya, sektor ekonomi menerima agihan ter­tinggi sebanyak RM29.2 bilion yang merangkumi pengangkutan, perdagangan, industri, tenaga dan kemudahan awam dan pertanian.

Sektor sosial akan menerima sejumlah RM15.2 bilion, sektor keselamatan diperuntukkan RM7.1 bilion dan sektor pentadbiran am sebanyak RM3.2 bilion.

Menurut Guan Eng, peruntukan pembangunan menyaksikan peningkatan daripada RM44.9 bilion pada 2017 kepada RM54.9 bilion dan RM54.7 bi­lion pada 2018 dan 2019 masing-masing.

“Sebab utama yang menyum­bang kepada peningkatan ini adalah pengelasan semula apa yang dahulunya digolongkan sebagai peruntukan mengurus, kepada peruntukan pemba­ngunan yang berjumlah RM6.9 bilion pada tahun 2018 dan RM9.7 bilion pada tahun 2019,” katanya.

Beliau memberikan contoh pengelasan semula adalah pembayaran kepada Prasarana untuk projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) dan pembayaran kepada Suria Strategic Energy Resources untuk projek saluran paip gas.

Sebelum ini, katanya, per­belanjaan tersebut dilabelkan sebagai perbelanjaan mengurus walaupun sebenarnya ia adalah perbelanjaan pembangunan.

“Perbelanjaan lain yang serupa adalah bayaran sewa ataupun bayaran penyelenggaraan untuk pembinaan bangunan PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan pengubahsuaian sekolah,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN