Pembunuh upahan terlibat kes tembak - Utusan Malaysia

Pembunuh upahan terlibat kes tembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 2 Nov. – Suspek yang menembak pemilik gimnasium dan pembantunya sehingga parah dalam satu cubaan bunuh di Jalan Kota Kemuning pada 23 Oktober lalu adalah pembunuh upahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai motif dan dalang di sebalik insiden tersebut kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Kita sedang dalam proses mengenal pasti suspek. Kejadian itu dilakukan pembunuh upahan,” katanya ringkas dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, pemilik gimnasium berusia 45 tahun parah di bahagian muka selepas satu daripada tujuh das peluru yang ditembak ke arah­nya menembusi pipi kanannya.

Ketika kejadian, mangsa sedang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) bersama pembantunya, seorang warga Indonesia berusia 43 tahun yang turut parah terkena tembakan di perut.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati, selain menjalankan perniagaan gimnasium, mang­sa turut terbabit dalam aktiviti pinjaman wang haram atau ‘ah long’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN