KANGAR – Bapa kepada remaja perempuan yang mendakwa dicabul oleh seorang ahli Parlimen baru-baru ini kecewa kerana kes itu sengaja dipolitikkan sedangkan perkara itu hanya salah faham anaknya terhadap ahli politik berkenaan.
Dia yang bekerja sebagai kontraktor tetapi enggan dikenali itu memohon agar semua pihak berhenti menularkan perkara tidak benar tersebut selain tidak lagi menyebarkan gambar anaknya itu.
“Saya menegaskan bahawa ini hanyalah satu salah faham. Anak saya tidak dicabul oleh individu terlibat (ahli Parlimen) dan laporan polis yang saya buat bersama anak saya pada 21 Oktober lalu telah ditarik balik atas kerelaan sendiri iaitu kira-kira 12 jam selepas membuat laporan.
“Saya juga menafikan kami diugut atau disogok untuk membuat laporan polis kerana sebagai buktinya laporan itu kemudian telah ditarik balik sebelum saya berjumpa ahli Parlimen berkenaan pada keesokan harinya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











