Permukaan jalan rosak angkara lori - Utusan Malaysia

Permukaan jalan rosak angkara lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 31 Okt. – Penduduk di Kampung Dusun Nanding di sini berdepan dengan risiko kemalangan ekoran masalah kerosakan jalan raya di Jalan Hulu Langat yang berlarutan sejak sekian lama.

Permukaan jalan tidak rata, berlubang dan berpasir seolah-olah mimpi ngeri kepada mereka yang menggunakan laluan itu untuk urusan ha­rian dan berulang ke tempat kerja saban hari.

Penduduk mendakwa, kerosakan jalan itu berpunca daripada operasi kenderaan berat seperti lori pengangkut yang membawa lebih muatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih memburukkan kea­daan apabila masalah itu menyebabkan pencemaran debu dan kesesakan lalu lintas.

Aktivis masyarakat, Abdul Jalil Mohd. Nazir berkata, beliau difahamkan masalah kerosakan jalan raya di situ berlaku sejak 10 tahun lalu dan tidak pernah selesai walau kerap dibaiki.

“Berapa kali baiki pun kerosakan tetap berulang. Itu sebab turapan tak berkualiti.

“Selain itu, terdapat banyak kes kemalangan maut berlaku di kawasan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa supaya memantau operasi jentera berat di kawasan tersebut dan membaiki kerosakan jalan untuk mengelak kemalangan yang kerap berlaku di situ.

Seorang penduduk, Hamdan Hashim pula berkata, dia bimbang dengan ratusan lori me­lebihi muatan yang bertali arus menggunakan laluan berkenaan kerana berisiko mengancam nyawa pengguna jalan raya.

“Lori-lori yang keluar masuk dari Jalan Kuari ke Jalan Hulu Langat bukan sahaja merosakan jalan malah membahayakan pengguna kenderaan lebih-lebih lagi penunggang motosikal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini