Malaysia tak perlu tunggu Messi atau Ronaldo lahir – Presiden FIFA - Utusan Malaysia

Malaysia tak perlu tunggu Messi atau Ronaldo lahir – Presiden FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALAYSIA tidak perlu tunggu Lio­nel Messi atau Cristiano Ronaldo lahir di sini untuk menjadi sebuah negara yang hebat dalam bola sepak, tegas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

Beliau berkata demikian bagi menyambut baik usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang me­lancarkan peta hala tuju atau Roadmap yang dikenal sebagai F:30 bagi menjadikan Malaysia sebagai lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Infantino yakin dengan pelan pe­rancangan yang diperkenalkan FAM untuk tempoh 12 tahun adalah satu tempoh realistik dan mampu dicapai berdasarkan apa yang telah digariskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan tunggu Messi atau Ronaldo lahir di Malaysia terlebih dahulu untuk capai apa-apa sasaran dan berjaya selepas ini.

“Bagi memastikan idea ini berjaya yang pa­ling penting adalah terus be­kerja keras dari hari pertama dilancarkan dan saya yakin Malaysia bakal menjadi satu negara yang hebat satu hari nanti,” katanya pada majlis pelancaran F:30 di Kuala Lumpur semalam.

Pembentangan F:30 dilakukan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam bersama Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo sambil disaksikan lebih 200 anggota keluarga bola sepak tempatan terdiri daripada ahli gabungan FAM dan pengamal media.

“Tahniah khususnya kepada Datuk Hamidin (Mohd. Amin) kerana me­lancarkan pelan hala tuju FAM hanya tiga bulan selepas menjadi Pre­siden FAM.

“FIFA sentiasa menyo­kong usaha ini kerana ia sejajar dengan Program FIFA Forward yang kami kemas kini baru-baru ini bertujuan memperkasakan negara anggota FIFA,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini